KAEDAH PEMBELAJARAN ABAD KE 21

45 Teknik Pembelajaran Abad 21 yang boleh dijadikan rujukan untuk guru lakukan di dalam kelas. Pdpc Abad 21 STRUKTUR PEMBELAJARAN KOPERATIF 1. Fan-N-Pick Setiap ahli ada peranan, dan setiap peranan dimainkan secara bergilir- gilir. · Pelajar 1 : susun kad seperti kipas. · Pelajar 2 : pilih kad dan bacakan soalan. · Pelajar 3 : jawab soalan. · Pelajar 4 : beri respon dan pujian kepada jawapan yang diberi. 2. Inside-Outside Circle § Cari pasangan. § Bentuk dua bulatan , satu di dalam (Bulatan 1) dan satu di luar (Bulatan 2). Berdiri menghadapi pasangan. § Guru beri soalan /tugasan kepada murid dalam Bulatan 1. § Pelajar dalam Bulatan 2 menjawab dan rakanyna hanya mendengar. § Beri pujian atau kukuhkan jawapan kawan apabila ia telah habis bercakap. § Kemudian tukar peranan dengan soalan baru. § Akhir sekali tukar pasangan dengan rakan di sebelah kanan dalam bulatan. 3. Match Mine · Empat orang murid duduk dalam satu pasukan. · Setiap dua orang cari pasangan dalam pasukan tersebut. · Setiap pasangan diberi kad untuk memisahkan mereka. · Pelajar 1 mengarahkan Pelajar 2 melukis atau meneka gambar yang ada pada Pelajar 1. (Pelajar 2 tidak dapat melihat apa yang dipegang oleh Pelajar 1 ). Apa yang dilukis atau ditekanya bergantung kepada kefahamannya dari arahan atau mesej yang disampaikan oleh Pelajar 1. · Pelajar 1 melihat hasil yang dibuat oleh Pelajar 2 dan mereka saling kukuh mengukuh. · Kemudian kedua-duanya tukar peranan. 4. Same Different · 2 orang pelajar dalam kumpulan mencari persamaan dan perbezaan dalam dua gambar yang ada pada setiap orang dari mereka. · Kemudian mereka bandingkan jawapan. · Akhir sekali tukar pasangan dalam kumpulan. 5. Rally Robin · Pelajar dalam bentuk berpasangan bergilir-gilir memberi respon tentang satu-satu perkara secara lisan. 6. Round Robin · Aktiviti seperti Rally Robin tetapi dilakukan dalam pasukan berempat. 7. Rally Table · Secara berpasangan pelajar bergilir-gilir memberi respon atau menyelesaikan masalah dengan menulis di atas kertas yang sama dan menggunakan pen/pensil yang sama. 8. Round Table · Dilakukan seperti Rally Table tetapi dalam pasukan berempat. 9. Simultaneous Round Table · Dalam pasukan pelajar menulis respon kepada masalah dalam kertas masing-masing. · Kemudian mereka mengedar catatan mereka mengikut pusingan jam supaya setiap ahli pasukan dapat menambah/membetulkan apa yang ditulis. 10. Spin-N-Think · Kadbod yang ada anak panah dan boleh dipusing digunakan untuk menentukan giliran siapa yang menyoal, menjawab, membetulkan dan memuji. 11 Talking Chips · Setiap ahli dalam pasukan meletakkan cip di tengah-tengah apabila ingin bercakap dan memberi pendapat · Mereka tidak boleh mengulangi giliran bercakap sehingga setiap orang diberi peluang. 12.Jigsaw Problem Solving · Dalam pasukan berempat, pelajar mencari klu atau pelengkap kepada masalah dengan bergerak kepada kumpulan lain. 13. Mix-N-Match · Pelajar bergaul dan bergerak mencari bahan/perkara yang boleh dipadankan dengan bahan yang ada pada dirinya. 14. Trade-A-Problem · Pasukan membina masalah/soalan dan menghantar kepada pasukan lain untuk dicari penyelesaian. 15. Team Stand-N-Share · Ahli pasukan berdiri. · Guru/rakan lain memberi soalan. · Pasukan hanya boleh duduk jika bersetuju dan berkongsi jawapan/pendapat dengan pasukan lain. 16. Find the Fib/Guess the Fib · Seorang ahli dalam pasukan memberi tiga penerangan tentang sesuatu yang sebenarnya hanya dua yang betul atau benar. Satu lagi adalah salah. · Ahli lain diminta mencari yang mana yang salah. 17. Line Ups · Dalam pasukan berempat pelajar membuat barisan. · Pasukan diminta memberi jawapan kepada masalah yang diberi. · Pasukan membuat garisan lurus kalau setuju dan garisan terpisah-pisah kalau tidak setuju. 18. Formations · Pasukan membentuk symbol, perkataan atau cara lain untuk menunjukkan kesepakatan. 19. Window Pane · Guru melukis satu gambar tentang sesuatu konsep/ perkara pada carta/papan hitam. · Ahli dalam pasukan bergilir-gilir menyambung melukis untuk menerangkan lagi konsep/perkara tersebut. 20. Showdown · Setiap ahli pasukan menulis satu jawapan /penyelesaian kepada masalah. · Pada masa yang ditetapkan semua menunjukkan jawapan secara serentak. · Setiap ahli membetulkan dan mengukuhkan jawapan rakan. 21. Lyrical Lessons · Pasukan tulis lirik /nyanyi lagu mengikut rentak tradisional yang disukai kanak-kanak. 22.Timed Pair Share · Secara pasangan, Pelajar 1 berkongsi pengalaman satu penyelesaian dalam masa yang ditetapkan dengan Pelajar 2. · Kemudian tukar peranan. 23.Stir- the- Class · Pasukan duduk dalam bulatan. · Membincangkan jawapan untuk menyelesai masalah. · Apabila sudah dapat satu penyelesaian, berdiri bahu ke bahu untuk menunjukkan persetujuan. · Bila loceng dibunyi, ahli yang nombornya dipanggil bergerak ke pasukan baru untuk soalan yang berikutnya. 24.Team Word-Web · Pelajar tulis topic di tengah-tengah kertas mahjong. · Setiap ahli pasukan menulis idea dalam peta minda mengikut warna pen yang berbeza untuk menunjukkan sumbangan idea setiap dari mereka. 25. Mendeklamasi sajak/ menyanyi lagu · Seorang pelajar mendeklamasikan baris pertama sajak atau menyanyi lagu. · Kemudian diikuti oleh rakan pasangannya. · Akhirnyna bersama-sama mendeklamasi /menyanyi bersama-sama dalam harmoni. 26. Paraphrase Passport · Pelajar hanya boleh memberi sumbangan idea setelah ia boleh mengulang jawapan kawan sebelumnya. 27. Mix-Freeze Group · Pelajar membentuk pasukan mengikut arahan guru. · Bagi yang tidak sempat membentuk pasukan dalam masa yang ditetapkan, diletakkan dalam “Lost and Found”. 28. Think-Pair-Share · Guru kemukakan masalah kepada ahli pasukan. · Setiap ahli diberi masa untuk berfikir, kemudian membincangkannya dengan ahli pasukan yang lain secara berpasangan. · Semua ahli Pasukan diminta pula berkongsi jawapan kepada penyelesaian masalah. 29.Roam the Room · Dengan isyarat guru , murid secara individu bergerak untuk melihat hasil perbincangan atau hasil kerja rakan-rakan. · Apabila guru beri isyarat kedua, semua balik ke tempat asal dan kongsi dalam pasukan apa yang dipelajari dari rakan/pasukan lain. 30. Gallery Tour · Seperti di atas tetapi mereka bergerak secara pasukan. · Hasil pasukan lain ditampal atau di lukis atas meja untuk pasukan lain melihat/membacanya. · Pasukan asal hendaklah meletakkan kertas dan pensil di atas meja supaya pasukan yang datang melawat boleh beri komen atau pengukuhan hasil kerja mereka. · Ahli kumpulan juga diarahkan oleh guru untuk berpecah sementara waktu untuk melihat stesen lain pula. · Setelah kembali semula ke pasukan asal, ceritakan/laporkan pembelajaran/pengalaman yang diperolehi. 31. Three Stray, One Stay · Tiga ahli pasukan pergi melihat hasil atau berbincang dengan pasukan lain. · Seorang tinggal untuk menyambut kedatangan rakan lain dan untuk menjelaskan kedudukan /hasil kerja pasukannya. · Bila selesai Murid 2 pula tinggal dan jalankan tugas di atas. · Kemudian Murid 3 pula tinggal dan begitulah seterusnya. 32. Rotating Review · Pasukan bincang topic. · Buat carta/pengurusan grafik. · Kemudian ke kumpulan lain untuk sampaikan pendapat mereka atau beri pendapat tentang hasil perbincangan kumpulan itu. · Buat carta/pengurusan grafik yang baru untuk kumpulan itu. · Begitulah seterusnya. 33.The Yarn Yarn · Setiap kali seorang ingin memberi pendapat ia diberi benang untuk dililit di tangan. · Akhirnya kumpulan dapat tahu siapa yang lebih memberi pendapat/idea. 34. Kinesthetic Symbols · Murid membentuk symbol tangan atau badan untuk menerangkan isi kandungan pelajaran. 35. Team Statements · Pelajar berfikir dan berbincang dalam pasangan untuk membentuk pernyataan individu. · Kemudian semua bekerjasama untuk membentuk pernyataan pasukan yang dipersetujui semua. 36. Who am I ? · Setiap orang pelajar diberi identitinya pada belakang bajunya (disemat di belakang baju). · Setiap dari mereka diberi tiga soalan sahaja untuk bertanya kepada kawan lain tentang identity masing-masing. · Rakannya hanya boleh menjawab “ya atau tidak”. · Apabila identity diperolehi hasil dari klu jawapan yang diberi rakan, individu tersebut boleh menjadi pakar rujuk kepada rakan lain yang belum ‘mengenalpasti” identitinya. 37. Sages Share · Pelajar buat sumbangsaran dan setiap dari mereka yang boleh menceritakan lebih lanjut akan idea tersebut, mencatat ‘initial” mereka. · Rakan lain bergilir-gilir untuk menemuramah rakan yang bijak (yg menulis initial tadi) untuk kefahaman lebih lanjut tentang ideanya. 38. Traveling File · Setiap pasukan dibekalkan sebuah fail yang di dalamnya ada soalan, kes atau masalah untuk dibincangkan. · Selepas 10-15 minit soalan dan catatan jawapan dimasukkan semula ke dalam fail dan diedarkan kepada pasukan lain. · Setiap pasukan yang mendapat fail baru dari pasukan lain dikehendaki membaca soalan dan jawapan yang ada dalam fail berkenaan sebelum dibincang, ditambah, dihurai dan disunting. · Setelah setiap pasukan respon kepada 2 atau 3 Traveling File, soalan-soalan dan jawapan-jawapan tersebut dibincangkan dalam kelas secara keseluruhan. 39. Team Interview · Setiap ahli pasukan berkenalan antara satu sama lain dengan bertanyakan maklumat diri berhubung dengan nama, tempat asal, hobi (sambil berdiri). 40. Team Project · Setiap ahli pasukan bekerjasama memberi sumbangan menamakan pasukan, membentuk pasukan sorak ( team cheers), logo pasukan dan warna pasukan. 41. Value Lines · Setiap ahli pasukan menyenaraikan nilai-nilai dari yang tertinggi hingga yang terendah dalam aspek kehidupan seharian seperti keselamatan famili, keamanan dunia, keseronokan hidup. · Selepas itu setiap ahli menyenaraikan pula nilai-nilai murni berdasarkan keutamaannya seperti penyayang, jujur, bebas, bertanggungjawab, setia dan lain-lain. · Setiap ahli berikutnya membuat perbandingan untuk menilai hasil kerja mereka. 42. Find-Someone-Who · Pelajar dikehendaki mencari seseorang yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti rancangan televisyen yang digemari, makanan kegemaran, ataupun pelajar diberi lambaran kerja yang mengandungi beberapa soalan untuk dicari jawapannya daripada rakan sekelasnya yang tahu. 43. Rotating Review · Setiap pasukan membincangkan sesuatu topik , kemudian mencatatkannya di kertas sebak dan memaparkan di tempat pasukan masing-masing. · Setiap pasukan akan bergerak dari satu pasukan ke satu pasukan untuk membuat penilaian hasil kerja setiap pasukan. · Setiap ahli pasukan boleh membuat komen,tambahan idea atau persoalan pada kertas berkenaan dengan menggunakan warna pen yang berbeza. 44. Three-Step Interview · Empat orang pelajar dalam satu pasukan. · Langkah 1 : Secara berpasangan seorang pelajar menjadi penemuduga dan seorang lagi yang ditemuduga. · Langkah 2 : Pasangan bertukar peranan di atas. · Langkah 3 : Setiap pelajar secara bergilir berkongsi pengalaman yang dilalui semasa temuduga dengan ahli pasukan yang lain. 45. Two-Box Induction · Diwujudkan 2 kategori iaitu contoh dan bukan contoh. · Fasilitator beri ransangan. · Ahli pasukan berbincang secara Round Table untuk wujudkan hipotesis. · Setelah hipotesis dibuat secara berulang-ulang dan konsep berkenaan telah dipersetujui oleh semua ahli, satu keputusan dibuat untuk menerima konsep tersebut. *** Sumber rujukan : https://www.pendidik2u.my/himpunan-kaedah-pembelajaran-abad-21/

Comments